Thursday, January 7, 2010

" Cantik kan dia..."


“Cantik kan dia? Dah la anak org kaya..erm, untung sapa dpt dia...”
“ hang tau dak, cun la dia tu..ni yang buat aku angau ni..”
“ dah 3 hari aku tak leh tido tau, asyik ingat dia je..,makan ingat dia, g class ingat dia, sampai tido pun asyik mimpikan dia je..,ish, aku tak pernah jumpa org secantik dia la...lomah edeng”

Cantik? Wanita? Cantik ke wanita? Kalau yang tak cantik bukan wanita ke ekh? Erm, lelaki x cantik ke?..kenapa wanita je yang sinonim dgn kecantikan?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti cantik dan indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Allah tidak mencipta manusia hodoh,tapi Allah mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat tu… setiap manusia berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang mengatakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk badan, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.Dan, kalau nak cari calon isteri je, mesti cari yang cantik dulu.Betul tak?.Erm.., macam macam kan?

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi.
Tapi, camana ye?..Okey, macamni,..kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul.

Apa kecantikan yang dimaksudkan tu?
Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak.Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Tp knp?....sebabnya, akhlak adalah cermin kpd peribadi seseorang tu. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci jg kan?

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, “Beauty in the eye of beholder”.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Dan jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluarga dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah…malah, kekuatan sang suami terletak pada isteri. mereka ibarat bayangan bidadari syurga di dunia ini..Erm...indah kan?

Jap jap,....tp, knp ramai wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bila wanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan.Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, Bunga yang cantik tak semuanya harum!

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah..Faham? Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, tapi tak semuanya wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, khawlah Al Azwar dan lain-lain.

Ooo..faham2..So,macamana nak dpt kecantikan sejati plak? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam. Jadi,tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan redha. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Waa,..bagusnya...pastu ? Susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Maksudnya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Allah. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mata yang cantik kalau kita gunakan untuk menjeling? Kan?...

Ya, kecantikan akhlak..boleh dimiliki oleh sesiapa saja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh, wanita mahupun lelaki.Itu bukti keadilan Allah yang mencipta manusia dengan berbagai wajah dan rupa…
Jadinya, lelaki pun cantik jg la kan?..Ye la,smua org berhak cantik !

~ Akhlak bunga diri ~

1 comment:

  1. Salamullah'alaik.

    Student UIA Gombak ye? Setakat kat Nilai ni masih tak pernah dengar lagi Ma'ruf Club tu.Kalau betul, kira kakak senior sayala dati segi pengajian ni. Umur pun mungkin juga. =)

    Alhamdulillah, artikel yang memberi banyak manfaat. Mudah-mudahan.

    Cuma, saya ada satu komen. Rasanya, tak salah kalau font tulisan dalam blog ni dibesarkan sedikit. Lebih molek dan mudah untuk dibaca. Mudah-mudahan.

    ~Salam dakwah.

    ReplyDelete