Tuesday, January 5, 2010

Ayuh mentarbiyah hati !

Hati? Knp hati? Penting sangat ke hati? Kenapa hati yang perlu di tarbiyah? Knp bukan yang lain2 ?

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”(Hadithke-6, Hadith 40 An-Nawawi)

Persoalaanya, hati bagaimana yg di panggil hati yg hidup? Dan jika hati mengawal segalanya, apa pula yg mengawal hati?

Wahai jiwa,
Hati yg hidup ialah hati yg memahami fungsinya. Sebagaimana firman Allah dlm surah Al a’raf :179:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Tarbiyah hati adalah pangkal segala kebaikan. Jika hati terdidik, kekurangan lain dapat di hadapi sebaiknya. Bahkan, ia menjadi tunjang bagi segalanya jika ia di mantapkan.Jika jasad perlukan makanan, akal perlukan ilmu, maka hati perlukan iman sebagai makanan. Iman sangat penting kerana ia menentukan sistem kawalan pada hati.

Jesteru itu, mujahadah lah wahai jiwa, tabiyahlah hati mu !
Ubat selalunya pahit. Rawatannya juga selalunya perit, tetapi oleh sebab inginkan jiwa yang sihat, kita rela menelan kepahitan, kita rela menanggung keperitan berpantang. Maka, begitu jugalah jalan untuk mengubat hati. Terpaksa menempuh jalan mujahadah. Untuk mengubat hati perlukan penawar yang juga pahit. Ubat hati jarang yang manis. Namun, semua itu perlu di tempuh jua.

Apa ubat hati yang pahit tu?
Pertamanya, lazimkan diri menghadiri majlis ilmu. Imarahkan taman- taman syurga! Ilmu itu cahaya hati,majlis ilmu itu taman syurga di dunia ini. Jika sering berada di taman syurga dunia, insyaAllah akan memberi harapan yang cerah untuk berada di taman syurga yang hakiki di akhirat kelak.
Keduanya,amal.Ilmu adalah imam dan amal adalah makmumnya. Ubat hati ialah zikrullah. Cara zikrullah yang paling utama adalah solat.Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa setiap gerakan dan bacaan ke dalam hati. Walaupun susah, tapi paksalah diri dengan bersungguh sungguh. Sedangkan bisa boleh menjadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi penawar yang datang daripada Allah.
Lagi? Sakit fizikal ada pantang larangnya, begitu juga sakit hati. Ada pantang larangnya. Perlu berpantang dari pekara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat dgnpekara yang di haramkan seperti pergaulan bebas, hiburan yang merangsang nafsu dan apa saja yang menyuburkan nafsu.

Jom uji hati anda.

Adakah bergetar hati kita jika disebutkan kalimah Allah di hadapan kita? Adakah mengalir airmata kita jika dibacakan segala kisah perjuangan dan jerih payah para sahabat dalam menyampaikan agama?
Dan bagaimana pula jika saat mendengar lagu-lagu yang syahdu?Putus cinta? Jatuh cinta?

Pasti terbuai-buai hati kita seolah -olah lagu tersebut menceritakan kisah kita sehingga adakalanya menitiskan air mata.
kenapa kita terleka dari mengingati mati? kenapa kita terleka dari mengingati akhirat? kenapa kita meletakkan dunia sbg matlamat pertama?
Adakah kita sering berfikir tentang kebesaran Allah? sejauh mana kita menjaga Al Quran? Ibadah sunat?
Terjagakah pergaulan kita? Terjagakah akhlak kita?sikap?


Jawapannya,muhasabah diri sedalamnya !...
~ koreksi diri,hiasi peribadi~

No comments:

Post a Comment