Tuesday, February 16, 2010

Belajar dari Wonderpet


“Wonderpet, Wonderpet,
Kami datang,
Menyelamatkan anak rusa dalam kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Bila bekerjasama semua jadi MUDAH…”

“apa yang penting…?”
“ kerjasama….”
“apa yang penting…?”
“ kerjasama…..” bergeme satu rumah dgn laungan KERJASAMA. Riang sungguh sepupu2 saya bila rancangan wonderpet disiarkan.excited sungguh diorang.

“ kak ina,cepat…wonderpet dah start ni..”
“ yea..aku nak duk sini..”
“ eh, ni tempat aku la…,”
“ tempat aku la..aku duduk dulu..”
“ ish..tak baik mcm tu..jgn gaduh...td.kata kerjasama..”

Teringat dialog2 yang sentiasa menghiburkan saya saat2 menghabiskan waktu cuti di kampung.Seronok rupanya tengok kartun ngan budak2. huhu..nak tergelak je rasa..

apa yang penting?...KERJASAMA. ya, kerjasama.adalah satu gerak kerja yang sgt penting unt dilaksanakan.khususnya oleh golongan SYABAB. Seharusnya kita menggunakan wadah KERJASAMA sebaik mungkin dalam semua pekara termasuk lah kerjasama untuk meninggikan Syiar Islam.
Melihat kepada senario dan situasi umat islam pada hari ni, perkataan KERJASAMA mestilah benar2 di maknakan.Lihat saja keadaan dan imej islam yang sesuka hati di sabotaj oleh pihak barat, jadi tanpa kerjasama diantara semua pihak , imej islam sukar untuk dipulihkan.Seandainya kerjasama ini betul2 di amalkan, maka saya yakin dan percaya, Islam dgn mudah di kembalikan pada tempatnya.

Seperti mana dalam siri kartun wonderpet, ia banyak mengajar kita tentang kerjasama dan tolong menolong. Semangat kerjasama dlm teamwork yang ditunjukkan wonderpet wajar di jadikan contoh. Ya, mungkin kita menganggap wonderpet adalah sekadar cerita kartun yg sesuai di tonton oleh budak2 yg berumur 4 atau 5 tahun saja, namun, bagi saya, itu bukan persolannya, yang penting mesej yang di sampaikan wonderpet itu yang perlu diambil perhatian.

Kerjasama yang menyusahkan
Kerjasama yg menyusahkan? Aik..knp plak?..tadi kata bila berkerjasama semua jadi mudah..
Pelik2…
Erm, pelik?..x lah, tak perlu pelik pun…

KERJASAMA akan jadi menyusahkan seandainya dilaksanakan tanpa disiplin teamwork dari semua pihak.Masing-masing bekerja dengan ‘membawa kepala sendiri’.Setiap orang berkeras mempertahankan pandangan dan cara masing2.Ahli kumpulan menyelesaikan tugasan mereka tanpa mengikut arahan dari ketua..ketua pula mengeluarkan arahan tanpa mengambil kira pandangan dari ahli kumpulan..Erm,haru biru gerak kerja jadinya…
Inilah yang di katakana kerjasama yang menyusahkan. Apabila adab dan disiplin dalam bekerjasama tidak di letakkan di tempat yang betul, maka, kerjasama akan jadi susah.

Praktikaliti Melalui Sirah Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. telah meneguhkan sifat ketaatan dan KERJASAMA kepada para sahabatnya. Contohnya semasa peristiwa Bai’ ah al-‘Aqabah.yang membawa kepada tertegaknya sebuah negara Islam.

Di dalam bai’ah itu Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Berbai’ahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di masa cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang,menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah s.w.t. tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbai’ah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk syurga." (Riwayat Ahmad)

Banyak pengajaran yang boleh kita ambil melalui peristiwa Bai’ah al Aqabah ini, termasuklah soal ketaatan dan KERJASAMA sepertimana yang di tunjukkan oleh para sahabat terhadap Rasulullah..Jadi,hanya dengan mengamalkan adab dan disiplin kerjasama yang baik, sesuatu kerjasama itu akan memudahkan dan menyenangkan semua pihak .

Jesteru,,Pilihlah bekerjasama yang memudahkan...

~Bersatu teguh, Bercerai roboh ~