Monday, January 25, 2010

Siapa lebih besar?


siapa lebih besar? kita atau kuman?

" a vs B "

Antara dua huruf ini, yang mana satu lebih besar?dengan mudah kita mengatakan, tentu saja B yang lebih besar.
ok, sekarang,jika huruf A kecil dibesarkan saiznya drpd huruf B, yang mana satu lebih besar? A atau B? mungkin ada yang mengatakan A, dan mungkin ada juga yg mengatakan B lebih besar. masing2 pasti ada hujah tersendiri.
erm,fikir2kan...

Teringat zaman sekolah dulu, sewaktu mengikuti kem ibadah anjuran badan dakwah sekolah. Dalam kem itu, Allah mengizinkan saya mendengar satu ceramah drpd seorang ustaz yg sangat dihormati krn mempunyai ilmu agama yang sangat tinggi.
Dia bercerita mengenai kebesaran dan keagungan Allah. Tajuk yang mungkin biasa kita dengar sejak dari tadika lagi sehingga hampir saja membuatkan kita hilang minat untuk mendengar ceramah tentang tajuk ni lagi.

Namun,dengan gaya yang tersendiri, ustaz itu menyampaikan ceramah dgn begitu menarik sekali. Ternyata ceramahnya membuatkan saya berfikir panjang..
'' antara diri ntum dgn daerah yg ntum duduk ni, mana lebih besar?''ustaz mengajukan soalan pada kami.
" mestilah daerah yg kami duduk ustaz..." jawab salah seorang drpd sahabat saya.
''ok, kalau daerah yg ntum duduk ni dgn negeri kelantan, yang mana lebih besar?" tanya ustaz lagi.
"kelantan.." saya menjawab dgn yakin.
" antara kelantan dgn malaysia? yg mana lebih besar?"
" ish,.mestilah malaysia ustaz.."
" malaysia terletak di Asia kan?ok,antara Asia dgn bumi, yg mana pula lbh besar?'' ustaz semakin rancak menduga kami.
" bumi.." dengan penuh semangat, kami menjawab soalan ustaz.Dalam hati, saya tertanya tanya, apa yang ustaz ni nak sebenarnya...huhu
" eh, agak2 la kan, apa soalan terakhir yg ustaz ni nak tanya ekh?..bisik salah seorang drpd sahabat saya membuatkan saya rasa nak tergelak.
'' bumi dgn galaksi bima sakti? yang mana lebih besar?"
" galaksi bima sakti..''
"antara galaksi bima sakti dgn seluruh angkasa raya, yang mana lebih besar?"
" seluruh angkasa raya..''
'' erm,..sekarang ustaz nak tanya, semua yg lebih besar tadi tu kita blh tengok dengan mata kasar tak?"
" la...mestila tak boleh ustaz..."jawapan kami membuatkan ustaz tersenyum.
" walaupun tak nampak, tapi hakikatnya lebih besar drpd ntum kan..?ok, sekarang cuba fikirkan, kalau dibandingkan diri ntum dengan seluruh angkasa raya ni, agak2 sebesar mana ntum ketika tu.? soalan ustaz kali ni membuatkan saya benar2 terkesima.
" lagi kecil drpd kuman ustaz.." jawapan itu membuatkan saya rasa cukup2 kerdil di alam sementara ni.
" ya, itulah hakikatnya kita sebagai manusia..lebih kecil drpd kuman kalau nak dibandingkan dgn kekuasaan dan keagungan Allah.."
Saya terdiam. jawapannya ringkas, namun membuatkan hati saya tersentap hiba..sebak.MasyaAllah..!!

" dan Allah di atas segala sesuatu." ( Al- Imran: 165)

Allah lebih besar drpd seluruh angkasa raya. Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu. Dan kita pula jauh lebih kecil drpd kuman di hadapanNya. jika Allah mahu, ketika kita alpa dan tidak bersyukur, bila2 masa saja Dia boleh mendatangkan keburukan pada kita. tetapi, kasih Allah terlalu mendalam terhadap hamba2Nya. Allah masih memberi peluang pada kita unt membaiki diri dan mencari kebenaran hakiki.

Pengasihnya Allah...!!

Lihat saja waktu kita lupakan Allah,Allah tidak pernah menigggalkan kita. kita masih diberikan udara tanpa di kurangkan walau sedikit pun. kita masih diberikan rezeki tanpa pernah putus. kita masih lagi di sambung nyawa tanpa henti dan masih lagi diberi nikmat tanpa berkira..
sekarang,...siapa lebih besar?..

kerdilnya kita, besarnya Allah..!!

Thursday, January 14, 2010

Cintamu milik siapa..?

Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati. Sabda Rasulullah saw:“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”Riwayat Al-Bukhari

Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang baik. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu jahat maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, “berhati-hatilah menjaga hati.” Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah. akibatnya terlalu buruk.Jadi, berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu.. !

Persoalannya,pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu?Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati.? Oh, bukan, bukan… Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah. Kenapa dikatakan begitu? Dan benarkah begitu?
Baiklah, mari kita fikirkan dan renungkan bersama…
Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Ketika dilanda kemiskinan, kita inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. jadi, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Allah. Justeru, Allah sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.Sebutlah… apa sahaja keinginan manusia tentang kebaikan dan kesempurnaan, maka di situ sebenarnya manusia sedang merindui dan mencintai Allah. Inilah rasa yang tidak dapat dihapuskan selagi manusia punya hati dan perasaan. Rasa bertuhan inilah yang menurut Imam Ghazali, tidak akan dapat dinafikan oleh hati sekalipun kerap dinafikan oleh sifat keegoan manusia.Inilah benih rindu dan cinta yang telah dibina secara fitrah dalam diri setiap manusia sejak di alam roh lagi.

Firman Allah:“Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua roh manusia menjawab: ‘Benar, kami Engkaulah Tuhan kami menjadi saksi.”Al-A’raf : 172

Inilah asas segala kerinduan dan cinta!
Jadi sedarlah,apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan,maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar Rahman dan Ar Rahim .Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar dan mencintai Al Latif !

Perkenalan dan percintaan manusia dengan Allah bermula di Alam Roh lagi.Roh manusia telah mengakui Allah sebagai pemilik segalanya.Tetapi soalnya, mampukah cinta itu terus suci dan abadi di dalam hati kita??.

Alangkah malang sekali bila perkenalan dan percintaan manusia dengan Allah di alam roh itu kerap tercemar. Sebaik sahaja lahir ke alam dunia, manusia yang dulunya begitu mengenali dan mencintai Allah mula dipisahkan daripada kecintaan dan kerinduannya itu. Yang sejati luntur, yang ilusi muncul. Perkenalan dengan Allah mula dicemari. Cinta terputus di tengah jalan..

Namun, cinta Allah adalah cinta yang hakiki.Bila kekasih di kalangan manusia sudah berpaling, maka sedarilah bahawa Allah tetap melihat dengan pandangan rahmat-Nya. Apabila kita mencintai Allah, kita hakikatnya akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh kejauhan, kematian dan kemiskinan.

Cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangkakan. Sudah adat, setiap yang mahal, sukar mendapatkannya. Bandingannya seperti pasir dengan permata. Pasir, murah harganya,kerana ia boleh dicari di merata-rata. Sebaliknya, permata begitu tinggi nilainya, maka perlu menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya.Begitulah jua dengan cinta Allah yang hakikatnya jauh lebih tinggi nilainya daripada intan atau permata. Justeru, pasti ada harga atau mahar yang mahal terpaksa dibayar untuk mendapatkannya..

Jadi,tepuk dada tanyalah hati, apakah ada cinta yang mendalam di dalam hati ?dan siapa pemilik cintamu itu?

Thursday, January 7, 2010

" Cantik kan dia..."


“Cantik kan dia? Dah la anak org kaya..erm, untung sapa dpt dia...”
“ hang tau dak, cun la dia tu..ni yang buat aku angau ni..”
“ dah 3 hari aku tak leh tido tau, asyik ingat dia je..,makan ingat dia, g class ingat dia, sampai tido pun asyik mimpikan dia je..,ish, aku tak pernah jumpa org secantik dia la...lomah edeng”

Cantik? Wanita? Cantik ke wanita? Kalau yang tak cantik bukan wanita ke ekh? Erm, lelaki x cantik ke?..kenapa wanita je yang sinonim dgn kecantikan?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti cantik dan indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Allah tidak mencipta manusia hodoh,tapi Allah mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat tu… setiap manusia berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang mengatakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk badan, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.Dan, kalau nak cari calon isteri je, mesti cari yang cantik dulu.Betul tak?.Erm.., macam macam kan?

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi.
Tapi, camana ye?..Okey, macamni,..kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul.

Apa kecantikan yang dimaksudkan tu?
Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak.Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Tp knp?....sebabnya, akhlak adalah cermin kpd peribadi seseorang tu. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci jg kan?

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, “Beauty in the eye of beholder”.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Dan jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluarga dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah…malah, kekuatan sang suami terletak pada isteri. mereka ibarat bayangan bidadari syurga di dunia ini..Erm...indah kan?

Jap jap,....tp, knp ramai wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bila wanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan.Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, Bunga yang cantik tak semuanya harum!

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah..Faham? Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, tapi tak semuanya wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, khawlah Al Azwar dan lain-lain.

Ooo..faham2..So,macamana nak dpt kecantikan sejati plak? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam. Jadi,tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan redha. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Waa,..bagusnya...pastu ? Susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Maksudnya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Allah. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mata yang cantik kalau kita gunakan untuk menjeling? Kan?...

Ya, kecantikan akhlak..boleh dimiliki oleh sesiapa saja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh, wanita mahupun lelaki.Itu bukti keadilan Allah yang mencipta manusia dengan berbagai wajah dan rupa…
Jadinya, lelaki pun cantik jg la kan?..Ye la,smua org berhak cantik !

~ Akhlak bunga diri ~

Tuesday, January 5, 2010

Ayuh mentarbiyah hati !

Hati? Knp hati? Penting sangat ke hati? Kenapa hati yang perlu di tarbiyah? Knp bukan yang lain2 ?

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”(Hadithke-6, Hadith 40 An-Nawawi)

Persoalaanya, hati bagaimana yg di panggil hati yg hidup? Dan jika hati mengawal segalanya, apa pula yg mengawal hati?

Wahai jiwa,
Hati yg hidup ialah hati yg memahami fungsinya. Sebagaimana firman Allah dlm surah Al a’raf :179:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Tarbiyah hati adalah pangkal segala kebaikan. Jika hati terdidik, kekurangan lain dapat di hadapi sebaiknya. Bahkan, ia menjadi tunjang bagi segalanya jika ia di mantapkan.Jika jasad perlukan makanan, akal perlukan ilmu, maka hati perlukan iman sebagai makanan. Iman sangat penting kerana ia menentukan sistem kawalan pada hati.

Jesteru itu, mujahadah lah wahai jiwa, tabiyahlah hati mu !
Ubat selalunya pahit. Rawatannya juga selalunya perit, tetapi oleh sebab inginkan jiwa yang sihat, kita rela menelan kepahitan, kita rela menanggung keperitan berpantang. Maka, begitu jugalah jalan untuk mengubat hati. Terpaksa menempuh jalan mujahadah. Untuk mengubat hati perlukan penawar yang juga pahit. Ubat hati jarang yang manis. Namun, semua itu perlu di tempuh jua.

Apa ubat hati yang pahit tu?
Pertamanya, lazimkan diri menghadiri majlis ilmu. Imarahkan taman- taman syurga! Ilmu itu cahaya hati,majlis ilmu itu taman syurga di dunia ini. Jika sering berada di taman syurga dunia, insyaAllah akan memberi harapan yang cerah untuk berada di taman syurga yang hakiki di akhirat kelak.
Keduanya,amal.Ilmu adalah imam dan amal adalah makmumnya. Ubat hati ialah zikrullah. Cara zikrullah yang paling utama adalah solat.Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa setiap gerakan dan bacaan ke dalam hati. Walaupun susah, tapi paksalah diri dengan bersungguh sungguh. Sedangkan bisa boleh menjadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi penawar yang datang daripada Allah.
Lagi? Sakit fizikal ada pantang larangnya, begitu juga sakit hati. Ada pantang larangnya. Perlu berpantang dari pekara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat dgnpekara yang di haramkan seperti pergaulan bebas, hiburan yang merangsang nafsu dan apa saja yang menyuburkan nafsu.

Jom uji hati anda.

Adakah bergetar hati kita jika disebutkan kalimah Allah di hadapan kita? Adakah mengalir airmata kita jika dibacakan segala kisah perjuangan dan jerih payah para sahabat dalam menyampaikan agama?
Dan bagaimana pula jika saat mendengar lagu-lagu yang syahdu?Putus cinta? Jatuh cinta?

Pasti terbuai-buai hati kita seolah -olah lagu tersebut menceritakan kisah kita sehingga adakalanya menitiskan air mata.
kenapa kita terleka dari mengingati mati? kenapa kita terleka dari mengingati akhirat? kenapa kita meletakkan dunia sbg matlamat pertama?
Adakah kita sering berfikir tentang kebesaran Allah? sejauh mana kita menjaga Al Quran? Ibadah sunat?
Terjagakah pergaulan kita? Terjagakah akhlak kita?sikap?


Jawapannya,muhasabah diri sedalamnya !...
~ koreksi diri,hiasi peribadi~

Saturday, January 2, 2010

Jalan cinta Sang Pejuang


JALAN CINTA SANG PEJUANG

Di sana, ada cita dan tujuan,
membuatmu merenung jauh ke depan,
di kala malam begitu pekat,
dan mata seakan terpejam,
namun,cintamu masih lincah melesatkan,
jauh melampaui ruang dan masa,
kelananya menjejak mimpi-mimpi..

lalu, di sepertiga akhir malam,
kau gagahkan kudratmu,
melanjutkan pencarian cinta yang hakiki,
dgn citra cinta antara kau dan Dia,
ghairah menterjemahkan sujudmu sbg bukti,
sekeping nurani,tempatmu berkaca acap kali,
dan cinta ini mendengarkan suara hati pd sang kekasih yang Abadi,

teruslah hati meyusuri jalan cinta sang pejuang,
menebarkan kebenaran,menghentikan kebatilan,
menyeru pada iman,
walau duri merantaskan kaki,
walau kerikil mencacak telapak,
sampai engkau lelah,sampai engkau payah,
sampai keringat dan darah tumpah!

yakinlah,
peritmu, jerihmu..lelahmu. .dihitung oleh kekasih Hakikimu,
Maka apakah perlu ada gusar dan kekuatiran di jalan cinta ini?

~terus berjuang, walau terbuang !~

Friday, January 1, 2010

Ijazah vs Risalah


Ijazah vs Risalah

“Ana ada satu soalan untuk antum semua,” ukhti Humaira menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, “Kalau antum berada dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antum?”

Antara menyampaikan risalah dakwah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan? saya tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.

Terus sahaja kita katakan, lakukan sahaja yang mana mudah. Tetapi, jawapannya bukan semudah itu..

Seorang demi seorang ahli usrah saya yang lain menjawab, dan saya masih lagi sabar menuggu giliran unt melontarkan pandangan. Mendengar jawapan daripada mereka semua memang sangat sesuai dengan apa yang mereka lakukan. Dan jawapan itulah datang daripada hati mereka.

dan, tiba lah giliran saya..

Dengan sedikit kefahaman yang ada, sedaya mampu,saya berhujah menlontarkan pandangan. Ternyata, segala pandangan yang diberikan walaupun berbeza,tapi terselit matlamat dan fokus yang sama. inilah kuasa wehdatul fikrah antara kami..

Menyampaikan risalah dakwah unta

Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap muslim untuk melaksanakan 'amar ma'ruf ,nahi mungkar' iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara mungkar atau tidak baik. Tanpa mengira keadaan dan status, samada belajar atau bekerja, bujang atau berkahwin, lelaki atau perempuan,tanggungjawab menyampaikan risalah dakwah ini tetap menjadi satu kemestiaan yang harus dilaksanakan oleh setiap diantara kita.

Tetapi bagaimana cara berdakwah yang dianjurkan? susah ke? yang selalu kita dengar “Saya tak pandai la nak berdakwah,saya tak cukup ilmu .”

Kita lihat kembali kepada ayat Allah. Allah berfirman dlm Al Quran, " serulah kpd tuhanmu dgn berhikmah". Dalam ayat ini, kt faham bhw pentingnya konsep hikmah dlm menyampaikan dakwah. Dan konsep hikmah ini luas,merangkumi sekecil pekara hinggalah sebesar besar pekara. contoh yang paling mudah, senyum. langkah mudah menawan mad'u adalah senyum. Dan saya percaya, setiap antara kita mampu untuk tersenyum.! jadi, senyumlah demi mengi'zzahkan Islam!. Senyum daie menuju mad'u.

jadi, saya lontarkan kembali soalan pada anda, susahkah berdakwah? terbeban kah kita?

Tp ingat,Berdakwah adalah untuk ‘memberi’ bukannya untuk ‘menerima’.

Risalah dan Belajar

Pernah dulu seorang rakan saya yang suka menggunakan ilmu-ilmu sains yang dia belajar untuk dia jadikan satu bahan dalam tazkirahnya. Sangat seronok dan sangat menyenangkan. Kadang-kadang terasa seperti satu bentuk humor pula.

springAntaranya yang masih saya ingat, “Hati kita ini seperti spring. Ada had kenyalnya. Kalau terlalu diregangkan mungkin tidak boleh kembali kepada bentuk asal. Begitulah dalam hidup kita.....”

Teringat ayat-ayat yang digunakan dalam tazkirahnya. Sangat menarik dan sangat berkesan. Menyampaikan risalah dengan belajar boleh disatukan!

Tetapi tidak ramai rasanya yang mampu melakukan demikian. Ada yang ingin belajar sahaja.Ada yang ingin berdakwah sahaja. Namun, bg saya,kedua duanya mesti dipandang serius . kedua duanya amat penting!.

Ya, belajar adalah amanah Allah, dan berdakwah juga amanah Allah. jadi, mahu atau tidak, kedua duanya harus kita galas seiringan. Inilah uniknya Islam..akademik no 1, tapi, perjuangan bukan no 2..!

Dan beginilah jawapan saya kepada naqibh saya. Saya akan pilih 'ijazah' dan 'risalah'..saya tidak boleh tinggalkan ijazah demi risalah dan saya juga tidak boleh tingalkan risalah demi ijazah.

Apa pula pilihan anda?

~ tepuk dada, tanya Iman~